Thursday, 21 July 2011

KUBUR BERKATA SEWAKTU SEWAKTU JENAZAH FATIMAH AZ-ZAHRA HENDAK DIKEBUMIKAN.

Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antara :-

1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)

2. Hasan (anak Fatima r.a)

3. Husin (anak Faimah r.a)

4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a

Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, “Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu ? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah S.A.W.”

Maka berkata kubur, “Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk-buruknya).”

Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-

1. Hendaklah ia menjaga solatnya

2. Hendaklah dia bersedekah

3. Hendaklah dia membaca al-Qur’an

4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.

Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-

1. Jangan berdusta

2. Jangan mengkhianat

3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini)

4. Jangan kencing sambil berdiri

Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud, “Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing.”

Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama’ atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini.

Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal. Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yang jahil takutlah kamu kepada Allah dan takutlah kamu kepada soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, “Ah mudah sahaja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya.”

Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri. Sekiranya dia rajin membaca al-Qur’an, maka al-Qur’an itu akan membelanya dan begitu juga seterusnya.

7 golongan orang yang akan dilindungi Allah

Hazrat Abu Hurairah r.a meriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda ''7 golongan orang yang akan dilindungi Allah di bawah rahmatNya pada hari yang tiada bayangan selain daripada bayangan rahmatNya,iaitu:
1-pemerintah yang adil
2-pemuda yang menggunakan masa muda remajanya untuk beribadat kepada Allah
3-lelaki yang hatinya sntiasa terpaut pada masjid
4-dua orang yg berkasih sayang antara 1 sama lain semata2 kerana Allah.mereka berkumpul dan berpisah kerana Allah.
5-lelaki yang digoda oleh wnita bangsawan dan jelita,lalu dia berkata ''sesungguhnya saya takut pada Allah.''
6-seorang yang mmberi sedekah secara sembunyi sehingga tangan kirinya tidak tahu sedekah yang diberikan oleh tangan kanannya.
7-lelaki yang mengingati Allah berseorangan sehingga berlinangan air matanya.

fadhilat zikir

setiap kalimah kita berzikir,Allah akan perintahkan malaikat-malaikatNya Nya untuk membuatkan kita mahligai yang indah dan besar di syurga.Ada mahligai separuh siap,ada yang tersergam indah. Semakin banyak kita berzikir,semakin besar mahligai kita di syurga kelak.Tetapi malaikat akan berhenti membina mahligai tersebut jika kita berhenti berzikir.Jadi,bersamalah kita banyakkan zikir dan kita lihat siapa miliki mahligai yang indah dan besar di syurga kelak.

ringan di sebutan,berat di timbangan

pada satu ketika,nabi Musa a.s telah memohon kepada Allah,'' Ya Allah,beritahulah kepadaku satu doa yang dengannya aku dapat mengingatiMu dan berdoa kepadaMu.''

maka Allah memerintahkannya untuk mengucapkan Lailahaillallah.

maka Nabi Musa a.s berkata ''kalimah ini telah diucapkan oleh semua hambaMu.saya ingin satu doa atau zikir yang khusus untukku ''

lalu Allah berfirman ''Wahai Musa,jika tujuh petala langit dan segala penduduknya (malaikat-malaikat) kecuali Aku dan tujuh petala bumi diletakkan di sebelah dacing dan di sebelah lagi diletakkan kalimah Lailahaillallah,maka dacing akan lebih berat''